Sunday, April 19, 2009

Tahniah skuad memanah SK Seri Berang

Petikan daripada Sinar Harian:


ATLET SK SERI BERANG JUARA MEMANAH
Oleh MOHD YUSERI CHE DIN


HULU TERENGGANU- Dua atlet memanah Sekolah Kebangsaan Seri Berang menunjukkan kehandalan mereka apabila menjuarai kejohanan pemilihan peserta memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Hulu Terengganu, semalam.

Bagi kategori lelaki bawah 12 tahun, Muhamad Aiman Mohd Noor muncul sebagai juara keseluruhan selepas membidik 201 mata. Beliau mengecewakan pemanah dari SK Landas, Muhamad Shafiq yang ketinggalan 40 mata di belakang.

Manakala seorang lagi peserta SK Landas, Arif Hilmi mencatat 151 mata untuk tempat ketiga mengecewakan seorang lagi peserta SK Seri Berang, Muhamad Adid Husaini yang hanya ketinggalan satu mata dan berpuashati di tangga keempat.

Muhamad Aiman ketika ditemui Sinar Harian menganggap kejayaannya itu merupakan usaha keras beliau pada hari kedua kejohanan yang menyaksikannya menemui sasaran.

“Saya agak gemuruh pada hari pertama kejohanan dan gagal memberi tumpuan pada jarak yang dekat. Alhamdulillah, pada hari kedua dengan jarak 30 meter saya semakin yakin mungkin disebabkan sasaran lebih besar,” katanya lagi.

Jawatankuasa Teknik Memanah MSSMHT hanya menetapkan dua jarak untuk kejohanan pemilihan tersebut sebagai kelayakan untuk memilih atlet terbaik bagi mewakili MSSMHT ke peringkat negeri Mei nanti.

Menurut Pengerusi Tekniknya, Johar Musa, jarak yang ditetapkan adalah 25 meter pada hari pertama dan 30 meter untuk hari kedua kejohanan. Kedua-dua jarak tersebut digunakan untuk kedua-dua kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.

“Kita mengambil pendekatan mudah untuk melihat kebolehan atlet yang bertanding. Bagi semua atlet yang terpilih nanti, mereka akan dilatih dalam jarak sebenar yang akan digunakan dalam kejohanan peringkat negeri,” katanya lagi.

Sementara itu, kem SK Seri Berang bertambah ceria apabila Iffah Nadhirah Ahmad Tajudin turut meraih gelaran juara dalam kategori perempuan bawah 12 tahun. Beliau mengutip 171 mata keseluruhan sekaligus melayakkannya muncul sebagai juara.

Atlet SK Seri Berang itu sekali lagi mengecewakan pesaingnya dari SK Landas, Nurul Umairah yang hanya membidik 100 mata keseluruhan sahaja untuk berada di kedudukan kedua. Dua lagi peserta SK Landas, Nur Awadah Rusli dan Nurul Najwa Amira masing-masing mengumpul 86 dan 79 mata untuk meraih tempat ketiga dan keempat.

Mengulas lanjut, Johar Musa berkata, sebanyak 35 orang peserta mengambil bahagian pada kejohanan pemilihan tahun ini yang diadakan di padang SMK Jenagor selama tiga hari. Walau bagaimanapun, hari pertama merupakan hari penyesuaian gelanggang bagi semua peserta yang bertanding.

Kejayaan Muhamad Aiman sudah diramal sejak dari awal lagi memandangkan beliau merupakan salah seorang atlet memanah yang telah mewakili MSSMHT ke peringkat negeri di Dungun tahun lalu. Manakala, Iffah Nahdirah pula kelihatan ceria apabila berjaya menebus kegagalan beliau dalam siri kejohanan pemilihan yang sama pada tahun lepas.

Daripada kejohanan tersebut, pihak jawatankuasa teknik memanah MSSMHT telah memilih empat atlet lelaki dan empat atlet perempuan bagi mewakili daerah untuk kategori bawah 12 tahun. Pada tahun ini, MSSMHT telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah kejohanan memanah peringkat negeri (MSSMT), dan kejohanan tersebut akan diadakan di SMK Jenagor pada 7 hingga 9 Mei nanti.

Baca Selanjutnya..

Thursday, April 9, 2009

Bola Baling: SKSB terkeluar awal

Pasukan Bola Jaring SKSB terkeluar seawal pusingan pertama lagi dalam kejohanan bola baling Zon KDSR 2 yang berlangsung di padang SK Pauh.


Pasukan lelaki hanya mencatat keputusan dua kali seri dan tewas sekali, manakala perempuan menang dan seri sekali serta tewas dua kali.



(Perlawanan akhir lelaki di antara
SK Seri Buluh dan SK Telaga)

Baca Selanjutnya..

Tuesday, April 7, 2009

Juara Kompang Selawat Peringkat Negeri

Syabas Putera SKSB

Pasukan Kompang Selawat SK Seri Berang (Shoutul Syakirin) muncul juara pertandingan Kompang Selawat Peringkat Negeri yang diadakan di SK Padang Negara.
Shoutul Syakirin menewaskan pasukan dari SK Chukai, Kemaman & SK Batu 48, Dungun.

Baca Selanjutnya..

Thursday, April 2, 2009

Bola Sepak Zon: SKSB sekadar naib juara

Kekecewaan jelas terpancar di wajah pemain SKSB apabila tewas dalam perlawanan akhir bola sepak zon KDSR 2 di tangan pasukan tuan rumah, SK Telaga, 0-1. Namun, semua pemain wajar menerima pujian apabila sedaya upaya cuba menyamakan kedudukan dalam permainan itu.


Nasib tidak menyebelahi SKSB apabila beberapa peluang di hadapan pintu gol lawan terlepas begitu sahaja. Sebelum itu, dalam perlawanan separuh akhir, SKSB menewaskan SK Tapah dengan 1-0. Manakala, SK Telaga bernasib baik menang dalam masa tambahan 3-1 ke atas pasukan juara tahun lepas, SKTAI.

Semoga semua pemain SKSB mampu menunjukkan kebolehan mereka dalam kejohanan peringkat daerah nanti untuk menebus kekecewaan di peringkat Zon.

Baca Selanjutnya..

Monday, March 30, 2009

Empat Pemain SKSB bantu kejayaan KDSR 2 B juara Bola Tampar

Empat pemain dari SK Seri Berang yang terpilih dalam kesebelasan utama Zon KDSR 2 B, berjaya membantu pasukan itu muncul juara baru kejohanan boa tampar peringkat daerah berakhir kelmarin.

Mereka yang terdiri daripada Mohd Zafrul Hafizi M. Zafir, Mohd Nor Salam M. Salleh, Mohd Hannam Sabri dan Mohd Nor Hakimi A. Aziz begitu cemerlang bergandingan bahu bersama pemain-pemain dari SK Kuala Dura. Pasukan Zon KDSR 2 B berjaya mengalahkan pasukan dari Zon KDSR 1 A yang diwakili pemain SK Bukit Apit dengan 2-1.


Manakala pasukan perempuan SK Seri Berang yang bergabung dengan pemain dari SK Seri Buluh pula turut cemerlang apabila menduduki tangga ketiga mengalahkan Zon KDSR 1 B yang diwakili kebanyakkannya pemian daripada SK Bukit Perah.

Baca Selanjutnya..

Tuesday, March 24, 2009

Shoutul Hassan Juara Nasyid


Pasukan Nasyid SK Seri Berang, Shoutul Hassan muncul juara pertandingan nasyid peringkat zon KDSR 2 yang berlangsung di SK Tapah semalam.

Pasukan yang diketuai oleh Muhammad Ammar Alim Ahmad itu meraih juara dengan mengalahkan pasukan SK Tengku Ampuan Intan yang muncul sebagai naib juara dan SK Telaga tempat ketiga.

Pasukan Shoutul Hassan mendapat bimbingan daripada Ustazah Najah Abd. Manan dan Ustazah Saadiah Ibrahim. Manakala, penata muzik di bawah bimbingan Cikgu Zulkifli Mohd Amin.

Sebagai juara, Shoutul Hassan akan mewakili Zon KDSR 2 ke peringkat daerah yang akan berlangsung di SK Seri Berang pada Sabtu ini (28 mac 2009). Turut mengiringi pasukan SK Seri Berang adalah pasukan nasyid dari SK Tengku Ampuan Intan.

Semoga berjaya.

Baca Selanjutnya..

Skuad Bola Tampar SK Seri Berang kecewa

Disebabkan silap percaturan taktikal ketika menentang SK Tengku Ampuan Intan, pasukan bola tampar lelaki SK Seri Berang terpaksa akur dengan penentuan kiraan semula set permainan untuk menentukan pasukan yang layak ke separuh akhir.


SK Seri Berang yang berada di kedudukan mata sama dengan SK Tengku Ampuan Intan dan SK Kuala Dura (semua menang dua kalai, tewas sekali) terpaksa bersaing untuk mara ke separuh akhir. Namun, setelah pihak pengadil membuat kiraan semula, nasib tidak menyebelahi pasukan SK Seri Berang apabila mempunyai set menang yang sedikit. Ini membolehkan dua pasukan lain (SKTAI & SK Kuala Dura) mara ke sepauh akhir.

Dalam perlawanan awal peringkat kumpulan, Seri Berang berjaya menewaskan SK Kuala Dura dengan 2-0. Manakala, dalam perlawanan kedua menentang SK Kuala Berang, mereka juga menang dengan mata yang sama.

Disebabkan yakin dengan dua kemenangan, jurulatih SK Seri Berang merehatkan hampir keseluruhan pemain utama ketika perlawanan menentang SK Tg. Ampuan Intan. Akhirnya mereka tewas mudah 0-2.

Kekalahan itu memberi kesan besar apabila SK Kuala Dura mengejutkan SK Tengku Ampuan Intan dengan kemenangan 2-0, sekaligus menyingkirkan pasukan tuan rumah.

Juara kejohanan kali ini adalah pasukan SK Telaga yang menang ke atas SK Kuala Dura 2-0. (15-7, 15-9). Kedua-dua pasukan tersebut akan mewakili zon KDSR 2 ke peringkat daerah hujung minggu ini.

Baca Selanjutnya..