Sunday, April 19, 2009

Tahniah skuad memanah SK Seri Berang

Petikan daripada Sinar Harian:


ATLET SK SERI BERANG JUARA MEMANAH
Oleh MOHD YUSERI CHE DIN


HULU TERENGGANU- Dua atlet memanah Sekolah Kebangsaan Seri Berang menunjukkan kehandalan mereka apabila menjuarai kejohanan pemilihan peserta memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Hulu Terengganu, semalam.

Bagi kategori lelaki bawah 12 tahun, Muhamad Aiman Mohd Noor muncul sebagai juara keseluruhan selepas membidik 201 mata. Beliau mengecewakan pemanah dari SK Landas, Muhamad Shafiq yang ketinggalan 40 mata di belakang.

Manakala seorang lagi peserta SK Landas, Arif Hilmi mencatat 151 mata untuk tempat ketiga mengecewakan seorang lagi peserta SK Seri Berang, Muhamad Adid Husaini yang hanya ketinggalan satu mata dan berpuashati di tangga keempat.

Muhamad Aiman ketika ditemui Sinar Harian menganggap kejayaannya itu merupakan usaha keras beliau pada hari kedua kejohanan yang menyaksikannya menemui sasaran.

“Saya agak gemuruh pada hari pertama kejohanan dan gagal memberi tumpuan pada jarak yang dekat. Alhamdulillah, pada hari kedua dengan jarak 30 meter saya semakin yakin mungkin disebabkan sasaran lebih besar,” katanya lagi.

Jawatankuasa Teknik Memanah MSSMHT hanya menetapkan dua jarak untuk kejohanan pemilihan tersebut sebagai kelayakan untuk memilih atlet terbaik bagi mewakili MSSMHT ke peringkat negeri Mei nanti.

Menurut Pengerusi Tekniknya, Johar Musa, jarak yang ditetapkan adalah 25 meter pada hari pertama dan 30 meter untuk hari kedua kejohanan. Kedua-dua jarak tersebut digunakan untuk kedua-dua kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.

“Kita mengambil pendekatan mudah untuk melihat kebolehan atlet yang bertanding. Bagi semua atlet yang terpilih nanti, mereka akan dilatih dalam jarak sebenar yang akan digunakan dalam kejohanan peringkat negeri,” katanya lagi.

Sementara itu, kem SK Seri Berang bertambah ceria apabila Iffah Nadhirah Ahmad Tajudin turut meraih gelaran juara dalam kategori perempuan bawah 12 tahun. Beliau mengutip 171 mata keseluruhan sekaligus melayakkannya muncul sebagai juara.

Atlet SK Seri Berang itu sekali lagi mengecewakan pesaingnya dari SK Landas, Nurul Umairah yang hanya membidik 100 mata keseluruhan sahaja untuk berada di kedudukan kedua. Dua lagi peserta SK Landas, Nur Awadah Rusli dan Nurul Najwa Amira masing-masing mengumpul 86 dan 79 mata untuk meraih tempat ketiga dan keempat.

Mengulas lanjut, Johar Musa berkata, sebanyak 35 orang peserta mengambil bahagian pada kejohanan pemilihan tahun ini yang diadakan di padang SMK Jenagor selama tiga hari. Walau bagaimanapun, hari pertama merupakan hari penyesuaian gelanggang bagi semua peserta yang bertanding.

Kejayaan Muhamad Aiman sudah diramal sejak dari awal lagi memandangkan beliau merupakan salah seorang atlet memanah yang telah mewakili MSSMHT ke peringkat negeri di Dungun tahun lalu. Manakala, Iffah Nahdirah pula kelihatan ceria apabila berjaya menebus kegagalan beliau dalam siri kejohanan pemilihan yang sama pada tahun lepas.

Daripada kejohanan tersebut, pihak jawatankuasa teknik memanah MSSMHT telah memilih empat atlet lelaki dan empat atlet perempuan bagi mewakili daerah untuk kategori bawah 12 tahun. Pada tahun ini, MSSMHT telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah kejohanan memanah peringkat negeri (MSSMT), dan kejohanan tersebut akan diadakan di SMK Jenagor pada 7 hingga 9 Mei nanti.

Baca Selanjutnya..

Thursday, April 9, 2009

Bola Baling: SKSB terkeluar awal

Pasukan Bola Jaring SKSB terkeluar seawal pusingan pertama lagi dalam kejohanan bola baling Zon KDSR 2 yang berlangsung di padang SK Pauh.


Pasukan lelaki hanya mencatat keputusan dua kali seri dan tewas sekali, manakala perempuan menang dan seri sekali serta tewas dua kali.



(Perlawanan akhir lelaki di antara
SK Seri Buluh dan SK Telaga)

Baca Selanjutnya..

Tuesday, April 7, 2009

Juara Kompang Selawat Peringkat Negeri

Syabas Putera SKSB

Pasukan Kompang Selawat SK Seri Berang (Shoutul Syakirin) muncul juara pertandingan Kompang Selawat Peringkat Negeri yang diadakan di SK Padang Negara.
Shoutul Syakirin menewaskan pasukan dari SK Chukai, Kemaman & SK Batu 48, Dungun.

Baca Selanjutnya..

Thursday, April 2, 2009

Bola Sepak Zon: SKSB sekadar naib juara

Kekecewaan jelas terpancar di wajah pemain SKSB apabila tewas dalam perlawanan akhir bola sepak zon KDSR 2 di tangan pasukan tuan rumah, SK Telaga, 0-1. Namun, semua pemain wajar menerima pujian apabila sedaya upaya cuba menyamakan kedudukan dalam permainan itu.


Nasib tidak menyebelahi SKSB apabila beberapa peluang di hadapan pintu gol lawan terlepas begitu sahaja. Sebelum itu, dalam perlawanan separuh akhir, SKSB menewaskan SK Tapah dengan 1-0. Manakala, SK Telaga bernasib baik menang dalam masa tambahan 3-1 ke atas pasukan juara tahun lepas, SKTAI.

Semoga semua pemain SKSB mampu menunjukkan kebolehan mereka dalam kejohanan peringkat daerah nanti untuk menebus kekecewaan di peringkat Zon.

Baca Selanjutnya..

Monday, March 30, 2009

Empat Pemain SKSB bantu kejayaan KDSR 2 B juara Bola Tampar

Empat pemain dari SK Seri Berang yang terpilih dalam kesebelasan utama Zon KDSR 2 B, berjaya membantu pasukan itu muncul juara baru kejohanan boa tampar peringkat daerah berakhir kelmarin.

Mereka yang terdiri daripada Mohd Zafrul Hafizi M. Zafir, Mohd Nor Salam M. Salleh, Mohd Hannam Sabri dan Mohd Nor Hakimi A. Aziz begitu cemerlang bergandingan bahu bersama pemain-pemain dari SK Kuala Dura. Pasukan Zon KDSR 2 B berjaya mengalahkan pasukan dari Zon KDSR 1 A yang diwakili pemain SK Bukit Apit dengan 2-1.


Manakala pasukan perempuan SK Seri Berang yang bergabung dengan pemain dari SK Seri Buluh pula turut cemerlang apabila menduduki tangga ketiga mengalahkan Zon KDSR 1 B yang diwakili kebanyakkannya pemian daripada SK Bukit Perah.

Baca Selanjutnya..

Tuesday, March 24, 2009

Shoutul Hassan Juara Nasyid


Pasukan Nasyid SK Seri Berang, Shoutul Hassan muncul juara pertandingan nasyid peringkat zon KDSR 2 yang berlangsung di SK Tapah semalam.

Pasukan yang diketuai oleh Muhammad Ammar Alim Ahmad itu meraih juara dengan mengalahkan pasukan SK Tengku Ampuan Intan yang muncul sebagai naib juara dan SK Telaga tempat ketiga.

Pasukan Shoutul Hassan mendapat bimbingan daripada Ustazah Najah Abd. Manan dan Ustazah Saadiah Ibrahim. Manakala, penata muzik di bawah bimbingan Cikgu Zulkifli Mohd Amin.

Sebagai juara, Shoutul Hassan akan mewakili Zon KDSR 2 ke peringkat daerah yang akan berlangsung di SK Seri Berang pada Sabtu ini (28 mac 2009). Turut mengiringi pasukan SK Seri Berang adalah pasukan nasyid dari SK Tengku Ampuan Intan.

Semoga berjaya.

Baca Selanjutnya..

Skuad Bola Tampar SK Seri Berang kecewa

Disebabkan silap percaturan taktikal ketika menentang SK Tengku Ampuan Intan, pasukan bola tampar lelaki SK Seri Berang terpaksa akur dengan penentuan kiraan semula set permainan untuk menentukan pasukan yang layak ke separuh akhir.


SK Seri Berang yang berada di kedudukan mata sama dengan SK Tengku Ampuan Intan dan SK Kuala Dura (semua menang dua kalai, tewas sekali) terpaksa bersaing untuk mara ke separuh akhir. Namun, setelah pihak pengadil membuat kiraan semula, nasib tidak menyebelahi pasukan SK Seri Berang apabila mempunyai set menang yang sedikit. Ini membolehkan dua pasukan lain (SKTAI & SK Kuala Dura) mara ke sepauh akhir.

Dalam perlawanan awal peringkat kumpulan, Seri Berang berjaya menewaskan SK Kuala Dura dengan 2-0. Manakala, dalam perlawanan kedua menentang SK Kuala Berang, mereka juga menang dengan mata yang sama.

Disebabkan yakin dengan dua kemenangan, jurulatih SK Seri Berang merehatkan hampir keseluruhan pemain utama ketika perlawanan menentang SK Tg. Ampuan Intan. Akhirnya mereka tewas mudah 0-2.

Kekalahan itu memberi kesan besar apabila SK Kuala Dura mengejutkan SK Tengku Ampuan Intan dengan kemenangan 2-0, sekaligus menyingkirkan pasukan tuan rumah.

Juara kejohanan kali ini adalah pasukan SK Telaga yang menang ke atas SK Kuala Dura 2-0. (15-7, 15-9). Kedua-dua pasukan tersebut akan mewakili zon KDSR 2 ke peringkat daerah hujung minggu ini.

Baca Selanjutnya..

Sunday, March 22, 2009

SK Seri Berang Tuan Rumah Bola Tampar Zon KDSR 2

SK Seri Berang diamanahkan sebagai tuan rumah kejohanan bola tampar Zon KDSR 2. Kejohanan itu akan dilangsungkan pada hari ini (22 Mac) dan akan disambung pula pada petang Rabu 25 Mac nanti.

Semua sekolah di Zon KDSR 2 dijangka menghantar wakil mereka untuk memburu kejuaraan sebagai landasan untuk mencari calon ke peringkat antara zon nanti.

....akan dikemaskini

Baca Selanjutnya..

Saturday, March 14, 2009

Selamat Pengantin Baru

Warga SK Seri Berang mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Nor Rafidah Haji Alias dan pasangannya Yusaini Amir Yussof. Semoga perkenalan yang membawa hingga ke jinjang pelamin akan membawa berkat serta berpanjangan sehingga ke akhir hayat.


Selamat Pengantin Baru.

Baca Selanjutnya..

Selamat Bercuti Daripada Warga SKSB

Warga sekolah kini mula bercuti untuk semester break selama seminggu. (13 - 21 Mac 2009).
Harapan kami guru-guru di SK Seri Berang, semoga cuti ini dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang berfaedah serta bergembira bersama keluarga.

Buat pelajar tahun 6, diharap mampu mengulangkaji pelajaran semaksima mungkin demi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Selamat bercuti!!

Baca Selanjutnya..

Friday, March 13, 2009

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas

Jawatankuasa Pengawas sekolah dan Pengawas PSS dengan kerjasama Unit Kaunseling telah mengadakan majlis penyerahan watikah kepada semua pengawas yang terlibat.


Majlis itu disempurnakah oleh wakil Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah, En. Johari. Turut serta dalam majlis berkenaan adalah Guru Besar SK Seri Berang, Hasnah Hassan, PK Pengurusan, dan semua guru sekolah berkenaan.


Baca Selanjutnya..

Monday, April 7, 2008

Aitiviti Hari Ini

1. Perlawanan bola sepak peringkat daerah
Tempat : SK Ajil
Masa : 2.30 petang

Baca Selanjutnya..

Olahraga Daerah MSSMHT 2009

1. Emas Lontar Peluru P12
2. Emas 4X100meter L12


Baca Selanjutnya..

MTQ

1. Nasyid - Johan Zon Kdsr 2 / Naib Johan Peringkat Daerah
2. Hafazan- Naib Johan Zon Kdsr 2
3. Qariah - Naib Johan Zon KDSR 2


Baca Selanjutnya..

Bola Tampar

Peringkat Zon KDSR 2
1. P12- Naib Johan

Peringkat Daerah
1. P12- tempat ke-3
2. L12- Johan


Baca Selanjutnya..

Badminton

1.Johan L12 (perseorangan & beregu)


Baca Selanjutnya..

Wednesday, April 2, 2008

Klik di sini

Baca Selanjutnya..

Sunday, March 23, 2008

Pencapaian UPSR

Rumusan Pencapaian Sekolah

Tahun Peperiksaan

Bil. Murid

Bil. Murid 5A/7A

% Murid 5A/7A

Bil. Murid Lulus semua subjek

(sekurang-kurangnya Gred C)

2004

68

10

14.71

52 ( 76.47% )

2005

69

15

21.74

57 ( 82.61% )

2006

57

14

24.56

54 ( 94.74% )

2007

68

30

44.12

63 ( 92.65% )

Baca Selanjutnya..

Pencapaian Sekolah

Akan dikemaskini dalam masa terdekat
Harap maaf!

Baca Selanjutnya..

Kemudahan Sekolah

KEMUDAHAN SEKOLAH

(Disediakan Oleh Pihak Sekolah)

A. Senaraikan kemudahan yang banyak membantu kejayaan sekolah


Bil

Kemudahan Sekolah

(infrastruktur, kemudahan fizikal, peralatan, sumber, dsb)

Catatan

1.

Memanfaatkan seluruh bangunan dan kawasan sekolah - keperluan asas mencukupi.


2.

Kelas yang selesa – membolehkan guru dan murid mewujudkan kelas yang kondusif untuk Pengajaran dan Pembelajaran.


3.

Ruang kantin yang mencukupi – mewujudkan konsep “ Kantin Menjamu Selera Menjamu Minda ”


4.

Bilik-bilik khas dan perabot yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk mewujudkan suasana yang kondusif


5.

Pondok-pondok bacaan yang menarik dan berinformasi – meransang murid mencari dan mendapat maklumat pembelajaran yang disediakan.


6.

Dua buah mini air terjun yang harmonis dapat mententeram jiwa dan perasaan.


7.

Kerusi-kerusi batu di bawah payung tempat bersantai sambil mengulangkaji pelajaran daripada bahan yang telah disediakan.


8.

Pintu Gerbang bermaklumat mempamerkan Visi dan Misi sekolah.


9.

Pondok Pelan Bangunan dan Piagam Pelanggan membantu pelawat yang berurusan dengan pihak sekolah.


10.

Garaj basikal dan kereta yang mencukupi - Guru dan murid selesa


11.

Dewan Perhimpunan dihias indah dengan maklumat menarik –menimbulkan motivasi apabila majlis diadakan.


12.

Ruang permainan, padang, gelanggang – selesa untuk latihan dan pusat pertandingan aktiviti kokurikulum.


13.

Sumber tenaga manusia ( modal insan ) yang berkualiti dan berinovatif - melahirkan sekolah berinovasi.


14.

Sumber Kewangan yang diurus dengan baik – melicinkan pengurusan sekolah.


15.

Pengawal Keselamatan bertugas 24 jam – menjamin keselamatan sekolah.


16.

Penempatan bangunan sekolah yang strategik dan jauh daripada jalan raya utama – membantu persekitaran yang tenteram dan tenang.


17.

Infrastruktur yang sempurna dan selesa – sekolah ceria


Baca Selanjutnya..