SK Seri Berang diamanahkan sebagai tuan rumah kejohanan bola tampar Zon KDSR 2. Kejohanan itu akan dilangsungkan pada hari ini (22 Mac) dan akan disambung pula pada petang Rabu 25 Mac nanti.
Semua sekolah di Zon KDSR 2 dijangka menghantar wakil mereka untuk memburu kejuaraan sebagai landasan untuk mencari calon ke peringkat antara zon nanti.
....akan dikemaskini
Hebahan Semasa
Sunday, March 22, 2009
SK Seri Berang Tuan Rumah Bola Tampar Zon KDSR 2
Saturday, March 14, 2009
Selamat Pengantin Baru
Warga SK Seri Berang mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Nor Rafidah Haji Alias dan pasangannya Yusaini Amir Yussof. Semoga perkenalan yang membawa hingga ke jinjang pelamin akan membawa berkat serta berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Selamat Bercuti Daripada Warga SKSB
Warga sekolah kini mula bercuti untuk semester break selama seminggu. (13 - 21 Mac 2009).Harapan kami guru-guru di SK Seri Berang, semoga cuti ini dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang berfaedah serta bergembira bersama keluarga.
Buat pelajar tahun 6, diharap mampu mengulangkaji pelajaran semaksima mungkin demi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Selamat bercuti!!
Friday, March 13, 2009
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas
Jawatankuasa Pengawas sekolah dan Pengawas PSS dengan kerjasama Unit Kaunseling telah mengadakan majlis penyerahan watikah kepada semua pengawas yang terlibat.
Majlis itu disempurnakah oleh wakil Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah, En. Johari. Turut serta dalam majlis berkenaan adalah Guru Besar SK Seri Berang, Hasnah Hassan, PK Pengurusan, dan semua guru sekolah berkenaan.

Monday, April 7, 2008
Aitiviti Hari Ini
1. Perlawanan bola sepak peringkat daerah
Tempat : SK Ajil
Masa : 2.30 petang
MTQ
1. Nasyid - Johan Zon Kdsr 2 / Naib Johan Peringkat Daerah
2. Hafazan- Naib Johan Zon Kdsr 2
3. Qariah - Naib Johan Zon KDSR 2
Subscribe to:
Posts (Atom)

