Thursday, April 2, 2009

Bola Sepak Zon: SKSB sekadar naib juara

Kekecewaan jelas terpancar di wajah pemain SKSB apabila tewas dalam perlawanan akhir bola sepak zon KDSR 2 di tangan pasukan tuan rumah, SK Telaga, 0-1. Namun, semua pemain wajar menerima pujian apabila sedaya upaya cuba menyamakan kedudukan dalam permainan itu.


Nasib tidak menyebelahi SKSB apabila beberapa peluang di hadapan pintu gol lawan terlepas begitu sahaja. Sebelum itu, dalam perlawanan separuh akhir, SKSB menewaskan SK Tapah dengan 1-0. Manakala, SK Telaga bernasib baik menang dalam masa tambahan 3-1 ke atas pasukan juara tahun lepas, SKTAI.

Semoga semua pemain SKSB mampu menunjukkan kebolehan mereka dalam kejohanan peringkat daerah nanti untuk menebus kekecewaan di peringkat Zon.