Sunday, March 23, 2008

Laporan Kendiri Sekolah

LAPORAN KENDIRI SEKOLAH BERPANDUKAN 12 ELEMEN SKPM

Untuk menyediakan laporan ini, pihak sekolah perlu berpandukan butiran yang terkandung dalam instrumen SKPM yang dibekalkan.

Elemen

Huraian/Penjelasan kualitatif serta pemajuan/pembaharuan/inovasi yang diperkenalkan. (Rujuk kriteria SKPM)

Dimensi 1: Hala Tuju Kepimpinan

Elemen 1:

Visi dan Misi Sekolah

· Penggubalan mengambi kira Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020, program dan perkembangan pendidikan semasa, analisis kekuatan dan kelemahan sekolah yang dibuat secara kolektif dan dikaji .

· Didokumentasikan dalam perancangan sekolah, buku panduan guru, buku peraturan sekolah,dan browser sekolah.

· Dihebahkan dalam majlis perhimpunan pagi mingguan/harian, program-program sekolah, mesyuarat guru dan staf ,mesyuarat AJK PIBG dan mesyuarat Agung PIBG.

· Dipamerkan di tempat strategik – papan kenyataan umum, bilik gerakan sekolah, pejabat, kantin sekolah dan taman bacaan pelajar.

Elemen 2:

Kepimpinan

· Dasar sekolah selari dengan dengan Visi dan Misi dan pipersetujui bersama.

· Bertindak proaktif , kreatif, dan inovatif dan disesuaikan mengikut situasi.

· Berhemah menangani sesuatu isu, bersikapterbuka, beri peluang kepada guru membuat keputusan secara kolektif dan kolaberatif.

· Bersedia melakukan perubahan.

· Membuat rondaan, mengenal pasti isu dan bertindak terhadap isu dan bertindak terhadap isu yang menimbulkan konflik..

· Menggalakkan budaya ilmu dan berfikir - kursus, seminar, perkembangan staf, perbincangan panitia, dan perbincangan informal.

· Wujudkan pemuafakatan dan kumpulan kerja yang mantap, suasana kerja yang erat dan mesra, hormat –menghormati, percaya-mempercayai dan bekerjasama.

· Sentiasa memberi motivasi dan dorongankepada warga sekolah.

· Menurun kuasa kepada Penolong Kanan tertaklum kepada bidang dan membuat pemantauan

Dimensi 2: Pengurusan Organisasi

Elemen 3.

Struktur Organisasi Sekolah

· Menubuh dan membentuk satu penetuan Struktur Organisasi Sekolah yang terkini dan relevan yang menggambarkan hieraki jawatan dan tugas guru-guru dan staf sokongan.

· Mendokumentasikan struktur organisasi dan membuat sebaran dan hebahan melalui perancangan sekolah, buku panduan guru, fail panitia, brouser sekolah dan majlis perhimpunan pagi, mesyuarat guru/ staf sekolah,mensyuarat PIBG dan mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah.

· Mempamerkan struktur organisasi sekolah di tempat-tempat strategik, - bilik gerakan sekolah, papan kenyataan umum, bilik guru, bilik darjah, makmal, bengkel dan bilik-bilik khas.

Elemen 4.

Perancangan

· Menyediakan Perancangan Strategik dan Pelan Strategik bersumberkan analisis iklim sekolah, keperluan sekolah, visi dan misi sekolah, TOV, OTI dan ETR sekolah serta menggunakan strategi dan makanisme penilaian yang sesuai yang merangkumi bidang kurikulum, HEM , Kokurikulum, kewangan, modal insan, bahan bantu dan kemudahan asas sekolah.

· Menyediakan Perancangan Taktikal berasaskan hasilan perancangan strategik dan keperluan semasa (ad hoc).

· Menyediakan Perancangan Operasi bagi memastikan objektif Perancangan Strategik dan Perancangan Tektikal tercapai serta membentuk mekanisme penambahbaikan.

Elemen 5:

Iklim

· Mewujud dan memastikan premis dan kawasan sekolah yang kondusif.

· Menyediakan sistem komunikasi yang sempurna dan dapat menyalurkan maklumat secara lebih berkesan.

· Mewujudkan Iklim Kebebasan Optimum yang terkawal ( Individu dan kumpulan) dalam membuat keputusan yang tepat.

· Warga sekolah memperlihatkan tingkahlaku berdisiplin dalam mematuhi peraturan dan etika profesional.

· Melahirkan Guru , Staf Sokongan, dan Murid yang bermotivasi dan berinovasi.

· Pemuafakatan antara pihak sekolah, ibu bapa/ penjaga serta komuniti melalui majlis perjumpaan, temu murni, dan gotong royong di sekolah.

Elemen 6:

Pengurusan dan Pembangunan Sumber

· Mengurus bangunan dan kawasan, perabot, bekalan air, elektrik, kantin sekolah serta kemudahan komunikasi dengan memaksimumkan penggunaan berhemah, memantau dan menyelia, membuat penyelenggaraan dan penambahbaikan, mematuhi peraturan keselamatan serta membuat membuat perancanagn baru.

· Memastikan Jawatankuasa Kewangan berfungsi secara berkesan dan berhemah serta mematuhi peraturan dan garis panduan yang disediakan.

· Mengurus dan memastikan Sumber Tenaga Manusia ( modal insan ) mencukupi, mengagihkan tugas mengikut kelayakan dan keperluan, memberi panduan tugas serta sentiasa mematuhi peraturan dan etika profesional. Membangun modal insan melalui kursus-kursus, latihan dan perkembangan staf dan menyediakan galakan dan kebajikan.

· Mengurus pejabat secara efektif dan ceria melalui susun atur perabot, kemudahan peralatan, kaunter perkhidmatan, sistem fail dan dokumentasi serta prosedur kerja yang bersistematik.

· Mengurus bahan dan alat bantu Pengajaran dan Pembelajaran yang mencukupi, gunakan secara berkesan , mengurus stok dan membuat penyelenggaraan dan penambahbaikan serta menyimpan dengan selamat.

Elemen 7:

Pengurusan Maklumat

· Memastikan pemerolehan data dan sumber maklumat dari sumber dalaman dan luaran berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan hal ehwal murid mudah dan tepah.

· Memastikan segala data dan maklumat yang diperolehi dapat terus disebar disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.

· Segala data dan maklumat yang diperoleh akan disimpan secara selamat dan sistematik melalui sistem fail di samping kemudahan sistem pengkomputeran ICT.

· Memastikan segala data dan maklumat daripada simpanan mudah diakseskan.

· Memastikan pihak pengurusan dapat menggunakan data dan maklumat sebagai asas rujukan dalam perancangan sekolah.

· Memastikan segala maklumat dapat dikemukakan kepada pihak berkenaan dengan kadar segera dan tepat.

· Memastikan segala data dan maklumat sentiasa dikemaskini.

Dimensi 3: Pengurusan Program Pendidikan

Elemen 8:

Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

A. Pengurusan Program Kurikulum

· Memastikan Jawatankuasa Kurikulum berfungsi secara optimum dan berkesan dan menetap dasar pelaksanaan kurikulum, mengadakan dan menyediakan minit mesyuarat pengurusan, perbelanjaan tahunan, perancangan program serta melaksana dan menilai percapaian program dan menambahbaikan.

· Memastikan Panitia Mata Pelajaran berfungsi dan menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang tertakluk dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986)

· Memastikan penyediaan Jadual Waktu Mengajar menepati ciri-ciri dan peraturannya.

· Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan sebagai mana Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987.

· Memastikan Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah berfungsi dalam merancang, mengurus dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab ke tahap maksimum.

· Memastikan perancangan program galakan membaca dilaksanakan dan dipantau secara berkesan - Program Nilam

· Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan bertanggungjawab mengurus dan mengedalikan hal-hal peperiksaan awam dan PKBS serta menganalisis keputusan, memaklumkan keputusan serta menubuhkan bank soalan.

B. Pengurusan Kokurikulum

· Memastikan Jawatankuasa Kokurikulum berfungsi secara optimum dan berkesan dan menetap dasar pelaksanaan kokurikulum, mengadakan mesyuarat pengurusan, perbelanjaan tahunan, perancangan program serta melaksana dan menilai percapaian

· Merancang, melaksana, menyelia serta menilai program/projek/aktiviti kelab dan persatuan akademik dengan megambil kira perancangan strategik.

· Merancang, melaksana, menyelia serta menilai program/projek/aktiviti Badan Beruniform .melalui perancangan strategik.

· Merancang, melaksana, menyelia serta menilai program/projek/aktiviti Sukan dan Permainan .melalui perancangan strategik.

C. Pengurusan Program Hal Ehwal Murid

· Memastikan Jawatankuasa Hal Ehwal murid berfungsi secara optimum dan berkesan dan menetap dasar pelaksanaan hal ehwal murid, mengadakan dan menyediakan minit mesyuarat pengurusan, perbelanjaan tahunan, perancangan program serta melaksana dan menilai percapaian program dan menambahbaikan.

· Menyediakan perkhidmatan bimbingan kaunseling yang berkesan.

· Menyediakan ciri-ciri asas keselamatan murid, sistem kawalan keselamatan serta memberi penekanan terhadap keselamatan murid di luar kawasan sekolah. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999)

· Menyediakan perkhidmatan kesihatan murid – bilik rawatan, peralatan kecemasan, peraturan , program-program kesihatan murid.

· Mengurus perjalanan Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) – bilik operasi,proses borang permohonan,menyelenggara, membuat hapuskira, mematuhi peraturan.

· Mengurus Disiplin Murid – badan disiplin sekolah,buku peraturan, buku laporan,program kecemerlangan disiplin dan pemantauan.

· Mengurus hal-hal berkaitan kebajikan dan bantuan murid- edar dan proses borang, pilih murid layak, memberi bantuan, memantau.

· Mengurus perjalanan Program Rancangan Makanan Tambahan(RMT)- kenal pasti murid layak, pelaksanaan, pemantauan.

· Mengurus projek susu sekolah (PSS) - kenal pasti murid layak, memantau

Elemen 9:

Pengajaran dan Pembelajaran

· Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini – merangkumi sepanjang tahun.( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999)

· Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Harian dengan mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid – mengandungi : objektif/hasil pembelajaran, aktiviti dan refleksi (penilaian kendiri) (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999)

· Guru melaksanakan proses P&P dengan memberi penekanan kepada aspek : - Set Induksi yang berkesan, - Penyamapaian/perkembangan Pelajaran - jelas, tepat, mempelbagai kemahiran ,

kaedah, aktiviiti, penerapan nilai,penilaian berterusan,

- Penyoalan Guru yang pelbagai aras kognitif (teksonomi Bloom)

- Penglibatan Murid yang aktif, kerja kumpulan,bersoal jawab, beri pendapat

- Peneguhan : pujian, bahasa isyarat, teguran dan nasihat , penghargaan

- Latihan dan Tugasan : ikut keupayaan murid, pelbagai, berkaitan tajuk.

- Pemeriksaan Latihan dan tugasan murid : tunjuk kesilapan, pembetulan

semerta,ulasan, penghargaan.

- Penutupan : rumusan kognitif. rumusan sosial

· Memberi penekanan kepada hasil kerja murid – latihan/tugasan yang lengkap,kemas/bersih, tepat masa, tepat format , pembetulan.

· Guru mengurus kelas : kelas kondusif, kehadiran murid, kesediaan belajar, sudut-sudut mata pelajaran, tugasan kelas dan peraturan kelas.

· Perwatakan Guru yang menyumbang kepada suasana pembelajaran yang kondusif dan mematuhi kod etika pemakaian , bersikap mesra murid,sopan,nada suara sesuai, suasana ceria dan menepati masa.

Elemen 10:

Pembangunan Sahsiah Murid

· Sekolah memastikan seramai mungkin murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka.

· Sekolah melatih dan membimbing murid dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

· Sekolah menunjukkan teladan kepada murid melalui majlis pentaulihan, penganugerahan, persembahan, dan roll model.

· Sekolah menyediakan peluang , persekitaran dan kemudahan untuk membangun sahsiah murid.

· Sekolah mengadakan sistem penghargaan dan pengiktirafan kepada murid – sijil,hadiah, lencana,lawatan.

· Sekolah menangani perlakuan negatif murid- nasihat,teguran,pemantauan

Elemen 11:

Penilaian Pencapaian Murid

· Sekolah menilai pencapaian murid dalam bidang akademik murid secara kolektif: -ujian bertulis, pemerhatian, hasil kerja, menganalisis, merekod, melapor kepada pihak tertentu.

· Sekolah menilai pencapaian murid dalam kokurikulum melalui instrulmen : rekod kehadiran, penglibatan, sumbangan, efektif, kognitif dan psikomotor ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986)

· Sekolah menilai pencapaian sahsiah murid melalui : sumbangan, penglibatan, penyertaan dan kejayaan serta mengesan melalui pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor. Menyediakan rekod maklum balas dan laporan (Kad Profil Murud/ Kad oo1/ Kad 002)

Dimensi 4: Kemenjadian Murid

Elemen 12:

Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum, Dan Sahsiah

A. Kemenjadian Murid Dalam Akademik dan Kokurikulum

· Melahirkan murid-murid yang memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik dan berkemampuan.

· Melahirkan murid-murid beragama Islam mengetahui dan berkemampuan :

- untuk menyebut, mempercayai,mengamal, menunai dan menghayati tuntutan

Rukun Iman dan Rukun Islam.

- mengetahui Sirah Rasulullah dan mampu bercerita serta menghayatinya.

- menjadi insan yang mengamalkan tuntutan Islam sebagai adab.

- mengetahui asas pendidikan Al-Quran – mengenal huruf,membaca dan

menghafaz Al-Quran.

· Melahirkan murid yang sentiasa menjadikan Amalan Nilai Murni sebagai cara hidup mereka – di rumah, di sekolah, masyarakat umum.

· Murid mampu dan berkemahiran menguasai kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

· Melahirkan murid yang mampu memperlihatkan perkembangan kognitif, perkembangan psikomotor, perkembangan sosioemosi dan perkembangan daya kreativiti dan estatika .

B. Pencapaian Murid Dalam Akademik

· Memastikan PeratusPencapaian Akademik murid dalam PKSR bagi semua mata pelajaran adalah: mendapat sekurang-kurangnya Gred C adalah 75% ke atas dan Gred A 25% dan lebih.

· Dalam UPSR : sekurang-kurang Gred C dalam semua mata pelajaran adalah 75% dan pencapaian Gred A 25% dan ke atas.

C. Pencapaian Murid Dalam Kokurikulum

· Memastikan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum mencapai tahap/ peringkat :

- Mewakili zon, wakil Daerah, wakil Negeri dan Wakil Kebangsaan.

D. Kemenjadian Murid Dalam Sahsiah

· Murid memperlihatkan sikap dan perlakuan yang positif terhadap tugas, komunikasi,persekitaran, kebajikan dan semangat patritisme .

· Murid mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dan mematuhi peraturan ( Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975)